BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

**RAMADHAN DATANG LAGI**

Ahlan wasahlan ya ramadha....kerinduan aku pad bulan ini,slalu aku tunggu. Pd bulan nila aku rasa umat Islam dpt kumpul pahala lbh skit. Kalau x, melagho je..(aku latu)..hoho.. Walau cam ne pun aku susah nk g terawih berjemaah kat masjid..anak aku tgh tambah akal..kang niat aku tah ke mne..anak aku tah kemana.Pepun, bkn x de ibadahlen kan? aku bole ngaji..bole buat persiapan sahur (pahala gak tu demi suamikan?) dll. Untuk share smthing pada seme pembaca sempena bulan ramadhan ni, aku ade sediakan sedikit keistimewaan bulan ramadhan :--

*Bulan yang penuh Barakah
*Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
*Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
*Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
*Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
*Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
*Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
*Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

***SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEME UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA***

1 comments:

Kili said...

Salam Mai,

Lupa aku nak beritahu ko sesuatu, sebab ko x bole nak YM guna Mozilla, 1st ko kena download dulu Flash Player, .. lepas tu login balik Mozilla.

Itu jer :)