BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

--Wak Bani Dalam Kenangan--

Alangkah gembiranya adik bradik aku bila mak kate "let's go to umah Wak Bani" every time raya.Besenya kami (keluarga) konvoi 5-6 kereta. Maklumla, adik bradik aku ramai.Masing2 da kawen. Tinggal 3 org lg bujg..(12-1=11 org). Da sampai ke distinasi..penuh kete depan umah dia ngan kete2 kitorang je..blm campur sepupu sepapat yg len..Maklumla, arwah Anak sulung yg idup masa tu..Sib bek umah dia besarrr...tp anak 2 org je + wife + 4 cucu = 7 org. Kalau anak2 buah dtg kompemla dia masak nasik siap2...x pun wife dia masakkan makanan berat..suke sgt..arwah layan kami cam anak2 dia sndri. Anak dia pun layan kami cam adik2 dia je..nak buli ke, nk sekeh ke, nk bergusti ke...slamber je...Tu baru ari raya...
Kalau datang umah dia time bukan ari raya, same thing dia buat...kadang tahan kami suh tido umah.Siap pasangkan kelambu, aturkan tempat tidur stiap sorg. n dia akan marah kalau de yg tido lmbat. Yang aku paling ingat, stiap kali salam dia, dia x suke org cium tangan dia. Dia kata "Wak ni bukan baik sgt @ sesiapa..wak insan biasa je.." Then, 1 thing lg, pas salam, dia suke peluk bahu anak2 buah dia. X kira da kawen ke blm..Tu yg buat aku sedey...Pas ni x de da.....................................(-.-)
Arwah Wak Bani x suke susahkan org len n x penah tunjuk pun perasaan dia kalau dia tengah susah ati atau sedey. kalau sakit pun dia x penah bg tau. Kalau bole dia nak hepi je time bersama dgn anak2 buah dia @ sesiapa pun...Aku x leh lupa sgl ape yg dia da share dgn kami (adik bradik)...Dia terlalu baik buat kami... Tambah lg aku sedey wife dia (Wak Wangiah) patah tangan. Dia x dapat nak buat pape sendiri.. Sib bek de anak bongsu dia (kak Zakiah) yg sgt amik berat perihal mak dia. Masa aku ziarah pd hari Wak Bani meninggal, aku x nampak pun riak wajah yg sedey pd muka Wak Wangiah dan anak2 dia. Aku kagum..mereka sgt tabah..........
Aku teringat dulu arwah pernah pesan..."Kalau wak meninggal, wak x nak org bertangis tangisan. Redhakan je pemergian wak".........Ya Allah, telusnyer hati arwah......Dia membuatkan aku menitiskan air mata bila mengenangkannyer..........

"Ya Allah, tempatkanlah bapa saudaraku di tempat org2 yg Kau kasihi dan ampunkanlah sgla dosanya seperti mana dia mengasihi kami dan memaafkan sgl kesalahan yg telah kami lakukan pdnyer..Semoga rohnyer dicucuri Rahmat..Ameen.."

Monday, July 27, 2009

--DIKAU PERGI SEKELIP MATA--

Pada tanggal 27/7/2009 telah pergi buat selamanya seorang insan antara yg ku sayang. Beliau pergi tanpa diketahui apa penyakitnya. Sesungguhnya Allah telah memudahkan perjalanan untuk beliau kembali kpd-Nya. Dengan hanya mengadu sakit dada, lalu rebah dan terus pergi buat selamanya.
Beliau adalah bapa saudara ku yg paling menyayangi anak2 buahnya. Aku di khbarkan bapa saudara ku meninggal pada sebelah pg. Memandangkan suamiku perlu menyiapkan kerja urgent di ofis. Dia minta aku memberikan masa sehingga pkl 2pm. Seperti yg di rancang pada pkl 3pm kami pun bertolak. Di pertengahan jalan, adik aku call minta di ambil di komuter shah alam dan sepupuku di Rawang.Tiba di Kerling pula, kami terserempak dgn kakak iparku yg br mengambil anak2nya dr sekolah..X semena2 dia call minx tunggu..Jadi kami pun bergerakla konvoi 2 kereta...Sampai di destinasi (Gedangsa), jenazah telah di kebumikan...Hibanya aku rasa x dapat menatap wajah jenazah buat kali terakhir..Apepun aku doakan semoga jenazah di tempatkan bersama2 org yg dikasihi disisi-Nya.
selepas insya', kenduri arwah pun berjalan. Ramai penduduk kampung yg dtg. X kurang saudara mara yg berpusu2...Syukur Alhamdulillah, semoga doa tetamu yg hadir di makbulkan dan menjadi bekalan jenazah di alam berzakh...(-,-)...Semoga Allahyarham bapa saudaraku tenang di 'SANA'..."WAK BANI DALAM KENAGAN"......

Thursday, July 23, 2009

--Talian Kasih--



Bukan aku nk cakap besarla..tp ni la kenyataan hidup bekeluarga....Bukan sanggup sehidup semati je....sanggup kongsi sakit...sanggup kongsi makan...sanggup kongsi segala2nyerlah.Asam garam tu beserla..Kalau x sanggup tempuh bih bek tahyah kawenla...

Walaupun dalam rumah tangga ada asam, garam, kari, gula, cuka dll, tp nikmat kawen ni bnyk beb..Jalan berpimpin tangan sampai tua, org tengok manis je...Kalau perempuan prgnant, org x pandang serong, laki x gi lari kemane..siap dpt layanan istimewa lg..Bile anak da lahir, x yah sibuk nk bunuh bayi idup2...Dapat ha "ZALIM" dr org len. Aku x tau la pe nk jd zaman skrg...da x tahan kawen jela..

Baru2 ni aku sakit mata. Disbbkan aku sayang anak, jd slalu la gentel2 dia. dia minx perhatian, aku bg...tp siannyer dia kene lak sakit mata...Pulak hubby aku batuk.Teruk gak..Yela, cuacakan skrg x menentu. Jerebu manjang...Dah tu aku pun kene batuk skali.. Alahai...Semoga Allah ampunkan dosa2 kami dan pelihara kami dr kejahatan dan kezaliman dunia. Semoga juga Allah beri kesihatan dan beri keberkatan dalam hidup kami.... Aku redho andai ini dinamakan "TALIAN KASIH" sebuah keluarga. I love U all my dear hubby n son...

Friday, July 17, 2009

**HABATUS SAUDA'**



Aku x taula betapa penat pindah umah ni..Aku ingat bolela tig aempat ari hilang..
Sebaik lepas seminggu je aku pindah...macam2 jadi kat aku anak n suami.....Jadi ape????? hi3x..x de pe pun..cuma kesihatan kami sekeluarga agak kureng...Mungkin sbb penat sangat..lepas anak aku demam, aku lak..pastu suami aku menyambung...huh..x cukup dengan tu..aku lak kene gastrik yg amatla aku x tertahan..Dah lama aku x kene...dalam 1 tahun 8 bln lbh kurang...sbb last aku kne masa dlm pantang..skrg umur anak aku da 1 thn 8 bln la..
Nak dijadikan cite..aku sbnarnya da rasa len mcm je dua tiga ari sblm aku kne gastrik kuat tu...tp aku ignore je..hi3x..tunjuk kuatla konon....tub2 ari Khamis (9/7/09) aku da x tahan..masa tu kat opis lak tu..da ar ptg de meeting..aduuuu..tgh hr aku di suruh balik..so, hubby aku bawak ar g klinik swasta..da tu balik aku mkn la ubat..mm...tahan kejap je...sakit aku menjadi pada ke esokan arinyer...memang cow2 la aku sakit..sampai aku x leh nk gerak badan n sesak nafas...Da siap nk g opis da ni..tinggal kete jalan je.Mengerang kesakitanla..hubby aku pe lg...bwk aku ke klinik krjaan trus ar..Aku dapat cuti..tp aku mkn ubt yg DR bg pun still sama gak.x de kurg.Tu dia da bg ubat lg kuat tu..Sampai demam2 aku tahan sakit..Mlm tu da ar nk balik kmpg...Aku x kire..sakit pun sakitla..Sampai kat kmpg...mak aku suh telan minyak "HABATUS SAUDA'". Esok pg aku bangun, ade kurg,tp still dmm. tgh hr mkn lg..aku rasa mkin slesa...Alhamdulillah mlmnyer aku telan lg dua titik...Esok pagi badan aku segar bugar..da x de rasa sakit...Syukur sangat...Allah temukan aku dgn minyak "HABATUS SAUDA'" ni...Bukan gastrik je bole ilang, mcm2 penyakit lg... ""Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut)""
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau nk tau lebih lanjut lg mengenai minyak ni..sila layari laman web : www.seribudinar.com.my --nak order minyak n air minuman dia kat aku pun boleh...ni YM aku : bicara_sufi82@yahoo.com