1. Isteri yang cerdik
Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami dipandangan org lain, tidak hanya merajuk utk mendapat perhatian dr suami.
2. "Assitant" dalam perancangan ekonomi keluarga
Menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Bukan hanya minta duit untuk bershopping seperti kebiasaan wanita.
3. "Manager" dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih resional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat mengurukan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka adalah isteri yang perlu menjadi "manager". Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah & perkara-perkara kecil yg diperlukan dalam kehidupan bekeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Sekiranya isteri mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik, maka pasti suami akan memberikan senyuman kepuasan kerana menghargai segala apa yg isteri lakukan.
4. Selalu di belakang suami
Seorg isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat & pelukan di saat emosi meraka jatuh. Sekiranya aisteri mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi suami.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Isteri mestilah tahu memasak. Kerana kasih sayang yg mendalam akan lahir di hati suami sekiranya isteri dapat menghidangkan makanan yg di masak menggunakan air tangan isterinya sendiri dengan lafaz-lafaz doa dan zikir ketika menyediakan makanan buat suami dan anak-anak, tambahan lagi apabila memasak makanan kegemarannya.
6. Pandai jaga diri
Isteri yang dapat menjaga diri dan anak-anak kepada suaminya dengan baik ketika suami keluar bekerja atau 'out station' akan menambah kepercayaan suami terhadapat isteri ke atas keselamatan keluarganya.
7. perunding imej
Isteri akan di pandang baik oleh masyarakat kerana menjaga imej suami. Oleh itu, suami haruslah kelihatan kemas dan bersih supaya tidak dipandang rendah atau kotor oleh orang lain. Begitu juga isteri haruslah menjaga imej walau pun hanya di rumah utk menjaga hati suami agar tidak cenderung melihat wanita lain di luar.
8. Menjaga keluarga mertua
Dambaan seorg suami apabila isteri dapat menjaga sakit lelah org tuanya. Terasa suami di hargai dan di terima seadanya. Hati suami akan rasa hiba dan terharu serta lebih menyayangi.
2 comments:
Wah .. nak ikut jadi isteri solehah gak la .. hehehe .. baru tenang dan aman keluarga kita kan mai?
cuidensen :)
Post a Comment